Friday, March 12, 2010

News on KPLI 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009. Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menangguhkan pengambilan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan. Harap Maklum.

Untul Keterangan Lanjut :  http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdjan2010/ 

KALENDAR AKTIVITI PEMPROSESAN KPLI-SR AMBILAN JANUARI 2010

11 November 2009
Makluman secara SMS kepada calon yang berjaya dipanggil temu duga.

12 November 2009
Semakan nama calon berjaya temu duga. (permohonan yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui internet)

16 November 2009
Temuduga KPLI-SR Ambilan Januari 2010 (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui internet)

8 Januari 2010
Semakan tawaran calon berjaya ke Institusi Pendidikan Guru IPG (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG)

18 Januari 2010
Pendaftaran calon di Intitusi Pendidikan Guru IPG (calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institusi Pendidikan Guru

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my

No comments: